Thursday, December 9, 2010

Masak Lemak Telur Itik

The other day ada suruh emak belikan 10 biji telur itik coz dekat rumah emak ada mak cik tu dia bela itik.  Tips ni mintak dengan emaklah siapa lagi my sumber untuk masakan yang ala2 tradisional ni.  Rakan2 siber pun pasti jugak menjadi sumber SheiLa untuk mencari idea2 dlm dunia masak2 ni.
Kata emak untuk resepi ni, pakai bawang merah bawang putih, halia, cili padi + cili hidup sikit. Semua dimesin.  Dah mesin kasi campur dengan santan.  Serai dititik, serbuk kunyit bubuhlah sikit, garam secukup rasa campur sekali.  Masakkan dulu campuran santan ni hingga mendidih.  Kecilkan api, kemudian bolehlah dipecahkan telur itik ni sebiji demi sebiji.
Jangan lupa telur itik ni kasi cuci dululah ye!

Kena Masak Pulut


Seumur hidup, inilah first time SheiLa masak pulut.  Kebetulan suami dapat ikan pekasam dari kawannya.  Macam orang mengidam disuruhnya saya masak pulut.  Alamak terkejut pun ada jugak almaklumlah dah bertahun2 hidup tak pernahlah masak pulut sendirian.  Klu tolong2,kacau2 masa time emak buat adalah.....So apalagi bila suami dah nak makan sakan, SheiLa pun tanya2lah jugak tips dr emak untuk masak pulut ni.  Alhamdulillah menjadi jugak percubaan saya ni.  Suami makan banyak jugak dan lagi katanya sedap yang saya masak ni.Hmmmm......
Saya buat jugaklah sambal ikan bilis dan telur dadar + ikan pekasam tu mesti ada, saya goreng untuk suami yang dah tak sabar2 lagi nak makan breakfast pada pagi Ahad yang lepas2.  Bila waktu tarikh kejadian saya sendiri pun dah lupa.

Friday, August 20, 2010

I - CITY @ Shah Alam

This is the 2nd trip our family pergi sini. Masa mula-mula kami pergi dulu(foc), kami just pusing-pusing dan duduk dalam kereta. Tapi kali ni entry byr RM1. Mungkin harga per entry dah naik kut. Kejadian ini berlaku masa cuti sekolah the other day. Saja bwk bebudak jln skat I City ni sebab tak cukup budget nak bawak pergi tempat lain. Ini anatara gambar yg ada klu ikut banyak lagi.....

Da........tak tahu bila akan pergi lagi.

Wednesday, June 30, 2010

Setelah Sekian Lama

Semoga semuanya berada dlm keadaan yg baik dan dirahmati Allah.
Setelah sekian lama SheiLa menyepikan diri dlm alam maya ini. SheiLa masih lagi tetap teguh berdiri sambil menguruskan semua kerja2 yg patut dilakukan di alam realiti. Masih terus berbakti utk keluarga tercinta. Berbaking dan memasak tetap dilakukan apabila terluang krn ia memberikan kepuasan kpd SheiLa walapun selalunya idea2 itu dtg drpd sekeliling yg sentiasa merangsang dan memberikan sumber inspirasi. Secara tak langsung my family can get to eat different thing from my kitchen(iye ke??) Klu tak sedap everybody blh complaint - no hal - Nanti tak payah masak lg.

Berbalik kpd kenapa SheiLa dah lama tak bersiaran di alam maya ini adalah krn my kids(3rd and 4th) not feeling well. Agak lama mrk ni demam. Bila demam dah baik, esok lusa mrk demam lagi.... Hai tak sanggup rasanya bila berdepan dgn keadaan sedemikian. Klinik je entah brp kali dah pergi; nk kata tak serasi entahlah. Sampaikan tidur malam SheiLa pun jadi tak menentu. Risaukan both of them. And at last ajak Mr SH take blood test for both of them. My Mr SH pada mulanya tak brp setuju tapi at last dia pun tak sanggup dgn few situation concerning both of the kids.

So yg funny ye bebudak ni mula2 ok tapi masa time blood diorang nak diambil gamat satu hospital tu. Mula2 giliran my 3rd F, dia punya jerit bukan kepalang. Semua org kat situ blh dengar dia punya suara. Dia peluk dgn SheiLa. Entahlah naluri seorang IBU; rasa sedih dan sayu pulak tgk dia kena cucuk tu.

Dari mula sampai habis , dia punya nangis dan bila last sekali nak balut jarinya tu, dia blh cakap sambil teresak2 nangis; "Orang tak naklah jari ni. Buangkan je". Nak tergelak SheiLa dan Mr SH mendengarnya.

Tapi bila turn my 4th F, this small kid relax je. Very cool. Mr SH incharge hold dia bila nak buat blood test tu. Adillahkan 1 kid dgn 1 adult. We all siap ckp dgn doktor tu yg kita nk tahu the result as soon as possible. So after waiting for almost half an hour we all dpt result yg cukup melegakan.


Sebenarnya seharian jugak menunggu kat hospital ni. Tapi tak mengapa. Berbaloi2. Alhamdulillah both of them according to the doctor, they are OK, no virus/simptom yg teruk. Terus SheiLa rasa lega sgt2 because before this mcm2 yg difikirkan. Syukur sgt2 kpd Allah krn masih lagi mengurniakan kesihatan yg diingini buat kami sekeluarga.

Saturday, March 27, 2010

Tak Jadi Jugak

Sebenarnya dalam minggu ni dh pasang azam dh(kemain lg mcm azam yg besar sgt jek).

Ada ke my 1st F tu dia blh ckp dgn neneknya, "NENEK NANTI CKP DGN IBU TU ABG DH BORING DH MKN ROTI HARI2". "CUBALAH MASAK BENDA LAIN".

Itulah yg dicakapkan kat neneknya ttg breakfast minggu yg seblmnya. Amboi bebudak sekarang pandai merungut. Ada breakfast pun dh kira bersyukurlah. Sebenarnya that week yg dia maksudkan SheiLa not in mood(tak taulah mood apa yg nk cakap kat sini). Mmg hari2 mesti masak utk prepare breakfast coz masing2 bila bangun pg seblm pergi mandi akan tanya, "IBU MASAK APA HARI NI?"
Jwpan simple IBU dia,"APA2 JELAH, PERGI MANDI NANTI LAMBAT NAK GI SEKOLAH". Sambillah IBU dia ni buat air, sarapan dll.

So minggu ni dh setlah menu2 yg patut utk disediakan for breakfast.
Isnin - kuehtiow goreng
Selasa - Telur + Sardin scramble & Roti(Sorry masih ada rotilah nak ooi)
Rabu - Daging kisar goreng + Hot dog bun
Khamis - Bihun goreng

Alkisahnye pg Jumaat tu ingat nk buat pau, tapi the 4th F tu asyik menyusu je sampai ke pg . Jawabnye MR SH decide beli kuih jelah. Tak payah susah2 katanya. Jadi dgn ini TAK JADI JUGAKLAH apa yg tlh dirancangkan. Kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan tak perlu di kisahkan....(lagu tu)

Bebudak yg suka mkn ni bukannya apa, yg penting there must be something on the table each and every morning for them to eat atau senang ckp utk diorang breakfast.

Nak khabarkan juga all my 4F sekarang ni semuanya demam. Harap diorang akan segera sembuh. Risau, penat mcm2 ada. Doa SheiLa tak pernah putus utk diorang, semoga semuanya akan sihat dan kembali ceria spt selalu. Insya Allah.


Yg paling worst ialah my 4F ni. Klu sihat very playful. Semoga sihat ye, sayang.




Nilah gambar dia yg sempat disnap masa awal tahun ni. Dia tgk my 3rd F kena sek mestilah ada beg sek dia pun nak ada beg sek jugak. Punyalah dia happy sgt main sampai lewat malam dan tiba2 tgk dia dh lena dgn beg sekolah abg dia yg dh dikasikan secara rasminye oleh abgnya kpd dia. Bukan main suka lagi dia agak2 dia mimpi yg indah2 belaka mlm tu....

Friday, March 19, 2010

Commercial Break

Coklat Homemade


Masak Lemak Udang Cili Padi


Puding Roti


Cheese Cake
Percubaan pertama setlh SheiLa tgk resepinye yg very simple. Konon2 buatkan utk birthday anak no 1



Inilh budak yg tak suka sgt dgn kek tu. Siap dia nk cium dulu bau kek ni. Actually percubaan ni tak brp nk jadi coz tak study betul2 resepinya. Hahahaha ..ketawakan diri sendiri...

Hidangan yg ada Pizza Homemade, Kuih Lapis dan lg satu tu tak ingat.



Sebenarnya bila nk buat pizza ni, SheiLa byk study a few resepi. Bila betul2 dpt captured dia punya steps barulh berani nk buat. Alhamdulillah menjadi. Semua warga rumah suka dan kami puas mkn pizza bila buat sendiri ni.
Kuih lapis tu buat sebelah mlmnya. Lg satu hidangan tu mmg ttp tak dpt nk ingat ianya apa.

Commercial Break

Kat bwh ni sesaja je nak tepek gambar2 masakan. Resepi ye ada ke yg sudi. Hahahahaha..Klu sudi ckp, nk order pun blh ckp, nk mengata pun blh, apa2pun blh janji sendiri mau ingat ha...

Chicken Chop


Hidangan spt Kuih Sagu, Kuih Apam Gula Merah, Daging(lupa dh masak apa) & Tom Yam



Sosej Roll



Nasi Lemak Hijau, Telur Dadar, Sambal Tumis Udang & Ayam Goreng Berempah



Nasi Goreng Simple

Kek Lagi

Below SheiLa nak share a very simple cake yg SheiLa found from siapa ye mmg dh lupa siapa orgnya tapi dia ada ckp yg this resepi she captured dr Kak Liza yg dok buat buku masakan tu. Also cake ni dh dibuat byk kali coz one thing very simple plus budak2 pun suka mkn tapikan anak SheiLa yg no 3 tu cerewet sikit,kek2 ni pyh dia nk terima. Tapi sesiapa yg suka blh try...


Ingredients:
250gm sponge mix
3 eggs
100ml water
100ml oil

1. Heat oven for 10mins
2. Put all ingredients (except oil)into mixing bowl and whisk using electric mixer on hi-speed for 8min
3. then add the oil and continue whiskingfor 2min
4. Pour the mixture into a greased baking pan
5. Bake for 25-30min

Lagi Resepi


Kak Ummi Kuantan punya story bikin hati mahu try ini resepi. Usah cakap byk mari kita zoom pd resepinya:
OREO CHEESE CAKE
30 keping oreo cookies (buang cream tgh) - kisar halus
1/4 cwn butter - cairkan

Bhn Filling:
2 cwn cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn sour cream
2 biji telur
1 cwn oreo yg dicincang halus

Base: - gaulkan oreo kisar dgn butter cair rata2. Tekan dlm loyang yg tlh digris & dialas. Pre heat oven pd suhu 180 darjah(ikut anda punya ovenlh ye)

Filling: - Pukul cream cheese, gula & esen vanilla dgn kelajuan sederhana hingga benar2 sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telur satu persatu & pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yg tlh dicincang halus, kaup balikkan hingga rata.
Bakar secara "steam bake" selama 45min / hingga bahagian tgh benar2 masak. Sejukkan sekurang2nya selama 4 jam/bermalam dlm peti sejuk.

*************************************************************************************

Kek yg kat bwh ni SheiLa try coz SheiLa tgk ramai bloggers yg succeed bila buat kek ni. Apalagi ditunggu, SheiLa pun memulakan operasi. Alhamdulillah menjadi and family pun suka. Klu tak silap Kak Dayang Kek Lapis punya resepi ni. Klu salah maafkan SheiLa ye. Apa2 pun mmg sedap coz tak sampai 5jam dh habis. Hahahahaha kuat ye mkn...Resepi kat bwh ni adalah separuh drpd resepi asal ye yg diambil dr Encik Mat Gebu.


KEK LUMUT
250gm mentega
3/4 cwn gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn susu pekat manis
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn nestum
1/2 cwn seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya(2 camca besar ikut CMG)

1. Panaskan kukusan, lenser tin (8x8x3) inci dgn mentega. Alas dgn kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum. Gaul rata dan ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
3. Masukkan seri kaya dan susu pekat, putar lagi hingga rata. Pd kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang ke dlm tin. Tutup dgn aluminium foil dan ikat kelilingnya dgn tali rafia. Kukus 2 1/2jam hingga 3jam.(Ikut CMG - 3jam jugak)

RESEPI YANG TELAH DICUBA

Dh nak habis dh cuti sekolah ye. I am so busy sehinggakan nak menaip di entry ni pun sgt limit masanya. MR SH cuti(nk habiskan cuti thn lepas katanya) jadi mcm2 plan di buat utk our 4F. Me too pun terpaksalh cuti agar all planning went smoothly. Mmg spending time betul2 for all of our 4F. Diorang mmglh suka coz both of us ada. Sy pun bertambah2lah suka coz MR SH sentiasa ada disisi utk membantu mana yg perlu coz bila working time, balik pun kadang2 lambat. So this time sylh yg paling suka sekali; Thank you dear coz spending time yg byk ni utk we all. Best part ialah byk kali jugak miss masak. MR SH cakap tak payah masak. Apa lagi hooray2lh jawabnya.....

Cuti ni jugak kitaorang gi jln2. Pegi TIARA BEACH RESORT je 2H 1M. Utk pengetahuan semua our 4F ni mmg suka pegi sini. Semuanya ada kat sini, got few kolam so bebudak ni blh pilih nak pegi yg mana. Dh few times we went here. Blm jemu2 lg nampak bebudak ni. Nk pegi lagi katanya...Ibu ayah nye kena kumpul duit lg lah . Bila lg nk sampai sini, blm plan lg.

OKlah dlm entry seblm ni ada beritahu yg SheiLa nk masukkan few resepi yg tlh ditry. And of coz bila nk masak ianya mestilah sesuatu yg simple. Antaranya seperti gambar di bawah ini. Masih lg dlm kukusan dh snap blm masuk perut lg coz pau ni nampak gebu gitu...



Sebenarnya berasa terpanggil nak buat kuih ni setelah baca Kak Zanaz punya blog and she did bg few tips ttg penjagaan masa yg perlu utk membuat kuih pau ni. Plus she said that most of bloggers pun ada buat. Personally, SheiLa pun dah few times buat coz warga rumah ni sgt suka. Tapi gambar ni quit blur almaklumlh camera tak canggih.
PAU
300gm tepung pau
3gm yis
50gm gula
1tp ovalett - optional
1/2 tsp bread softener - optional
30gm minyak jagung
+-138ml air

Caranya:
1. Gaul yis dgn tepung & gula
2. Masukkan minyak, bread softener & ovalett & ramas guna tgn... agak2 sebati le
3. Masukkan air & uli sampai kenyal.
4. Bulat2kan around 25gm then isi filling
5. Perap/Restkan pau tu selama 30min
6. Panaskan kukusan
7. Kukus selama 10min






KUIH LAPIS
Tertarik kpd resepi ni setlh membaca dgn penuh teliti cerita kak Rinn. Membuatkan SheiLa rasa teruja utk try walaupun ada rasa teragak2 juga pd mulanya. Namun coz dh set utk why not give it a try since resepinya simple diteruskan jugalh...


Bhn2:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..blh tambah jika suka manis
3 cwn santan...tambah jika perlu
1 camca teh garam
pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8inci) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan
2. Campurkan ke semua bhn kecuali pewarna dan esen ros
3. Tapis adunan dan bahagikan kpd dua
4. Satu bahagian warnakan merah dan campurkan esen ros. Satu bahagian lg tanpa warna
5. Mulakan lapisan bwh dgn warna putih. Biarkan selama 6min - 8min / hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. **Ini tips utk memblhkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

Gambar dibwh yg blur ni sempat disnap coz yg lain dh kena snap dlm perut. Apa2 pun thumbs up utk kak Rinn coz tlh bagi in detailed each and every steps.

Sunday, March 14, 2010

Selamat Bercuti

Lama sungguh rasanya sy tak dpt nak update. Asyik sibuk memanjang. Alhamdulillah, tiba juga kita pd masa yg ditunggu2. JENG..JENG..JENG... Apa dia; bebudak cuti sekolahlah. Apa lg kita sbg ibu bapa dptlh relax sikitkn. Betul tak? Klu tak always tak cukup masa. Semuanya rasa terkejar2 coz nk kena ikut time waktu seknya klu tidak mahu kena menjawab dgn cikgu2. Silap2 dgn boss2 kita pun(klu yg bekerjalahkan).

Memandangkan masa yg ada extra ni, nanti sy akan updatekan masak simple simple sy yg kini jadi waiting list utk dimasukkan dlm blog ni. Mostly ianya adalah diambil dr rakan2 bloggers yg lain. Maklumlh sy ni bukannya pandai masak sgt tapi suka try/test yg simple2 dan yg mana bhn2nya mudah didapati.

Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan berbanyak2 TERIMA KASIH yg tidak terhingga kpd bloggers yg sudi berkongsi resepi dgn kami2 yg mungkin tak pandai masak, yg mungkin lack of ideas, yg mungkin mencari inspirasi, yg mungkin mencari seru utk memasak, yg mungkin mencari resepi yg lebih baik dr yg mrk ada atau apa sahaja yg anda boleh katakan sekiranya anda ingin memasak dan TIADA PENYAKIT yg merbahaya tu....Klu ia melanda dh tak blh nk cakap apa OOOPS jgn tersasar maksud sy di sini ialah PENYAKIT MALAS....

That is why sy ingin cakap dan war2kan kita mesti try/test masak simple simple klu dh malas ORDER....

Sunday, February 28, 2010

Weekend

This weekand, MIL dtg. Setlh seminggu fikir apa nak masak so decide utk prepare Nasi Impit, kuah kacang, ayam kicap, serunding(ready made le) plus try jugak buat kuih lompat tikam dgn air gulanya. Rajinnya sangat . Hahahaha.... puji diri sendiri.......

Alhamdulillah all menjadi spt dirancang.
Actually sempat jgk prepare pau tapi terkurang air le pulak. Selalu buat OK je tapi kali ni cuak jugak agaknye coz MR SH suruh buat double than usual. Alahai tersilap pulak perkiraanku. Aduh..Aduh...Aduh... TAPI they all mkn jugak. kira2 blhlahhh....

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua...
Semoga kehidupan kita semua akan bertambah baik dan diberkati Allah dgn berpandukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Semoga segala perjuangan tidak akan sia-sia. Perbaikilah mana yg patut dan lipatgandakanlah keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah Yang Esa.

Hari ni, my SH and all the 4F pergi ke program sek my 3rd son coz ada majlis sambutan Maulidur Rasul. SheiLa bukannya tak nak pergi tapi mcm2 nak kena disettlekan kat rumah ni - Basuh baju (almaklumlah klu cuti lepas few days sek; baju sek je dh penuh ampai) plus baju2 rumah dan did basuh cadar lg..

Hari ni sempat prepare resepi Spagetti Sempoi. Dah byk kali dah SheiLa buat coz mmg tersangatlah senangnya. That's why tuan empunya resepi bg nama ni kot. Siapa nak cuba boleh krn this is mmg Spagetti yg sgt sempoi coz bhn2nya sgt mudah. OKlah zoom jelah terus pd resepinya yg SheiLa dpt dr sumber yg mmg SheiLa sendiri dh lupa kat mana. Seandainya empunya tuan ternampak di sini, SheiLa ingin memohon ampun dan maaf coz ambik tak minta izin. Anyway TQ very much coz very the easy making. SheiLa taip resepinya spt di bawah:
SPAGHETTI SEMPOI
Bhn2:
1/2 bungkus spaghetti
sedikit minyak (utk rebus spaghetti)
1 bungkus daging kisar(Ramli punye)
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan sos cili
cendawan butang (qty ikut suka)
3 ulas bwg putih (dicincang)
sedikit aji (klu nak)
garam secukup rasa
sedikit air (1/4 cawan)

Utk rebus spaghetti - Rebus air dgn sedikit minyak sehingga mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut

Utk kuah- Tumiskan bwg putih masukkkan tomato puree dan sos cili.
Masakkan selama 10min. Kemudian masukkan daging kisar.
Tambah sedikit air. Masukkan garam dan aji secukup rasa.
Masukkan pula cendawan butang.
Masak sehingga naik minyak kira2 20 min.
** Nak bagi tahu ni, SheiLa suka2 tambah air lg spy nampak mcm byk. Almaklumlah warga rumah ni ramai takut pulak tak cukup. Hahahaha...

Resepi je ye gambar tak payahlah coz dh lupa nak ambik...

Friday, February 19, 2010

GIVEAWAY Dari Kak Nannie - smockingwithnannie.blogspot.com

Kak Nannie buat 4 kumpulan hadiah .
Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")


3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .


Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..



Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...


Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog.

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Link kan blog saya ni di blog list anda .

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

- Saya akan buat cabutan untuk menentukan pemenangnya nanti.

Siapa yg keeeenaaaaa. LUCKY LUCKY LUCKY....GOOD LUCK to everybody including me......

Pg2 dh bangun pkl 5.30am, seblm Subuh dah sweep living room & kitchen. Siap sweeping , solat then prepare breakfast. Lepas tu kejutkan my 1st F coz dia ada kelas ganti(sek agama).
Sebenarnya kelam-kabut lah sikit coz Mr SH tiada. Mlm tadi gi hantar dia kat stesen komuter coz hari Sabtu & Ahad his got to attend course. So instead of kena wake up early and gi KL, he intend to stay at the hotel yg disponsorkan oleh co. Pepandai je dia tu. Sanggup tinggalkan warga rumah ni. Apa nak buat nasib badan. So kenalah I take in charge if Mr SH tiada.
Alhamdulillah setakat ni segala2nya berjln spt dirancang. Lunch td masak ayam kicap. Lepas mkn td sempat buat sponge cake. Actually resepi ni dh lebih 5 kali dh buat coz it is very easy. Tapi kali ni sesaja je pulak ditoppingkan with choc.
The 2nd F td dh gi sek agama(dia ni kelasnya ptg). Pandai dia, tadi pura2 tak larat nak gi sek. Taktik budak2 ni mcm2.....
Ptg nanti dia balik blhlah kami sama2rasmikan kek ni....Jgn marah ye Mr SH klu nanti balik dah habis. Lain kali kita blh buat lagi. Faham2 sajalah warga yg tinggal ni perlu ada kudap2an. Janji mulutnya blh mengunyah mknan.. Klu tak nanti ada yg jerit; "Ibu takda apa2 ke yg nak dimakan, kitaorang ni LAPARLAH".
Si kecik tu pulak dah tertidur dgn sendirinya. Kasihan dia tak sempat IBU nak susukan dia. He really understand that his IBU got a lot of work to do.
Ptg nanti jugak dah janji dgn all 4F nk bawak diorang pergi kedai. Ni sebenarnya ala2 kes nak pujuk diaorang ni coz masing2 mcm RINDUkan ayahnya... Banggalah ayahnya klu tahu anak2nya ni SAYANG kat dia........

Saturday, February 13, 2010

Morning In My Kitchen








Pg2 tadi buat do no je ttg breakfast coz semua org masih lg duduk atas kayangan.
Apa lagi sempatlah SheiLa godek muffin2 ni. Tak sangka sedap pulak coz org lain pun puji.. Agaknyelah... Bhn2nye pun simple, that's why le dibuat, hahaha....

Nk resepi blh tapi nanti2lah ye coz rasanye dh ramai jugak yg buat....



Nk dijadikan cerita sbb the other day buat jadi. That is why hr ni SheiLa MEROTI lah lg. Sedap, gebus. Mkn satu tak cukup rasanya. Ada roti kacang merah & roti sosej. Alahai mcm ni blh gemuk ini warga rumah. Hahahahahhhh...