Thursday, December 9, 2010

Masak Lemak Telur Itik

The other day ada suruh emak belikan 10 biji telur itik coz dekat rumah emak ada mak cik tu dia bela itik.  Tips ni mintak dengan emaklah siapa lagi my sumber untuk masakan yang ala2 tradisional ni.  Rakan2 siber pun pasti jugak menjadi sumber SheiLa untuk mencari idea2 dlm dunia masak2 ni.
Kata emak untuk resepi ni, pakai bawang merah bawang putih, halia, cili padi + cili hidup sikit. Semua dimesin.  Dah mesin kasi campur dengan santan.  Serai dititik, serbuk kunyit bubuhlah sikit, garam secukup rasa campur sekali.  Masakkan dulu campuran santan ni hingga mendidih.  Kecilkan api, kemudian bolehlah dipecahkan telur itik ni sebiji demi sebiji.
Jangan lupa telur itik ni kasi cuci dululah ye!

Kena Masak Pulut


Seumur hidup, inilah first time SheiLa masak pulut.  Kebetulan suami dapat ikan pekasam dari kawannya.  Macam orang mengidam disuruhnya saya masak pulut.  Alamak terkejut pun ada jugak almaklumlah dah bertahun2 hidup tak pernahlah masak pulut sendirian.  Klu tolong2,kacau2 masa time emak buat adalah.....So apalagi bila suami dah nak makan sakan, SheiLa pun tanya2lah jugak tips dr emak untuk masak pulut ni.  Alhamdulillah menjadi jugak percubaan saya ni.  Suami makan banyak jugak dan lagi katanya sedap yang saya masak ni.Hmmmm......
Saya buat jugaklah sambal ikan bilis dan telur dadar + ikan pekasam tu mesti ada, saya goreng untuk suami yang dah tak sabar2 lagi nak makan breakfast pada pagi Ahad yang lepas2.  Bila waktu tarikh kejadian saya sendiri pun dah lupa.