Thursday, December 9, 2010

Masak Lemak Telur Itik

The other day ada suruh emak belikan 10 biji telur itik coz dekat rumah emak ada mak cik tu dia bela itik.  Tips ni mintak dengan emaklah siapa lagi my sumber untuk masakan yang ala2 tradisional ni.  Rakan2 siber pun pasti jugak menjadi sumber SheiLa untuk mencari idea2 dlm dunia masak2 ni.
Kata emak untuk resepi ni, pakai bawang merah bawang putih, halia, cili padi + cili hidup sikit. Semua dimesin.  Dah mesin kasi campur dengan santan.  Serai dititik, serbuk kunyit bubuhlah sikit, garam secukup rasa campur sekali.  Masakkan dulu campuran santan ni hingga mendidih.  Kecilkan api, kemudian bolehlah dipecahkan telur itik ni sebiji demi sebiji.
Jangan lupa telur itik ni kasi cuci dululah ye!

0 comments: