Thursday, December 9, 2010
Masak Lemak Telur Itik
Kata emak untuk resepi ni, pakai bawang merah bawang putih, halia, cili padi + cili hidup sikit. Semua dimesin. Dah mesin kasi campur dengan santan. Serai dititik, serbuk kunyit bubuhlah sikit, garam secukup rasa campur sekali. Masakkan dulu campuran santan ni hingga mendidih. Kecilkan api, kemudian bolehlah dipecahkan telur itik ni sebiji demi sebiji.
Jangan lupa telur itik ni kasi cuci dululah ye!
Posted by SheiLa at 7:52 PM 0 comments
Kena Masak Pulut
Seumur hidup, inilah first time SheiLa masak pulut. Kebetulan suami dapat ikan pekasam dari kawannya. Macam orang mengidam disuruhnya saya masak pulut. Alamak terkejut pun ada jugak almaklumlah dah bertahun2 hidup tak pernahlah masak pulut sendirian. Klu tolong2,kacau2 masa time emak buat adalah.....So apalagi bila suami dah nak makan sakan, SheiLa pun tanya2lah jugak tips dr emak untuk masak pulut ni. Alhamdulillah menjadi jugak percubaan saya ni. Suami makan banyak jugak dan lagi katanya sedap yang saya masak ni.Hmmmm......
Saya buat jugaklah sambal ikan bilis dan telur dadar + ikan pekasam tu mesti ada, saya goreng untuk suami yang dah tak sabar2 lagi nak makan breakfast pada pagi Ahad yang lepas2. Bila waktu tarikh kejadian saya sendiri pun dah lupa.
Posted by SheiLa at 5:28 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
I - CITY @ Shah Alam
This is the 2nd trip our family pergi sini. Masa mula-mula kami pergi dulu(foc), kami just pusing-pusing dan duduk dalam kereta. Tapi kali ni entry byr RM1. Mungkin harga per entry dah naik kut. Kejadian ini berlaku masa cuti sekolah the other day. Saja bwk bebudak jln skat I City ni sebab tak cukup budget nak bawak pergi tempat lain. Ini anatara gambar yg ada klu ikut banyak lagi.....
Posted by SheiLa at 12:23 AM 0 comments
Wednesday, June 30, 2010
Setelah Sekian Lama
Semoga semuanya berada dlm keadaan yg baik dan dirahmati Allah.
Setelah sekian lama SheiLa menyepikan diri dlm alam maya ini. SheiLa masih lagi tetap teguh berdiri sambil menguruskan semua kerja2 yg patut dilakukan di alam realiti. Masih terus berbakti utk keluarga tercinta. Berbaking dan memasak tetap dilakukan apabila terluang krn ia memberikan kepuasan kpd SheiLa walapun selalunya idea2 itu dtg drpd sekeliling yg sentiasa merangsang dan memberikan sumber inspirasi. Secara tak langsung my family can get to eat different thing from my kitchen(iye ke??) Klu tak sedap everybody blh complaint - no hal - Nanti tak payah masak lg.
Berbalik kpd kenapa SheiLa dah lama tak bersiaran di alam maya ini adalah krn my kids(3rd and 4th) not feeling well. Agak lama mrk ni demam. Bila demam dah baik, esok lusa mrk demam lagi.... Hai tak sanggup rasanya bila berdepan dgn keadaan sedemikian. Klinik je entah brp kali dah pergi; nk kata tak serasi entahlah. Sampaikan tidur malam SheiLa pun jadi tak menentu. Risaukan both of them. And at last ajak Mr SH take blood test for both of them. My Mr SH pada mulanya tak brp setuju tapi at last dia pun tak sanggup dgn few situation concerning both of the kids.
So yg funny ye bebudak ni mula2 ok tapi masa time blood diorang nak diambil gamat satu hospital tu. Mula2 giliran my 3rd F, dia punya jerit bukan kepalang. Semua org kat situ blh dengar dia punya suara. Dia peluk dgn SheiLa. Entahlah naluri seorang IBU; rasa sedih dan sayu pulak tgk dia kena cucuk tu.
Dari mula sampai habis , dia punya nangis dan bila last sekali nak balut jarinya tu, dia blh cakap sambil teresak2 nangis; "Orang tak naklah jari ni. Buangkan je". Nak tergelak SheiLa dan Mr SH mendengarnya.
Tapi bila turn my 4th F, this small kid relax je. Very cool. Mr SH incharge hold dia bila nak buat blood test tu. Adillahkan 1 kid dgn 1 adult. We all siap ckp dgn doktor tu yg kita nk tahu the result as soon as possible. So after waiting for almost half an hour we all dpt result yg cukup melegakan.
Sebenarnya seharian jugak menunggu kat hospital ni. Tapi tak mengapa. Berbaloi2. Alhamdulillah both of them according to the doctor, they are OK, no virus/simptom yg teruk. Terus SheiLa rasa lega sgt2 because before this mcm2 yg difikirkan. Syukur sgt2 kpd Allah krn masih lagi mengurniakan kesihatan yg diingini buat kami sekeluarga.
Posted by SheiLa at 3:11 AM 0 comments
Saturday, March 27, 2010
Tak Jadi Jugak
Sebenarnya dalam minggu ni dh pasang azam dh(kemain lg mcm azam yg besar sgt jek).
Ada ke my 1st F tu dia blh ckp dgn neneknya, "NENEK NANTI CKP DGN IBU TU ABG DH BORING DH MKN ROTI HARI2". "CUBALAH MASAK BENDA LAIN".
Itulah yg dicakapkan kat neneknya ttg breakfast minggu yg seblmnya. Amboi bebudak sekarang pandai merungut. Ada breakfast pun dh kira bersyukurlah. Sebenarnya that week yg dia maksudkan SheiLa not in mood(tak taulah mood apa yg nk cakap kat sini). Mmg hari2 mesti masak utk prepare breakfast coz masing2 bila bangun pg seblm pergi mandi akan tanya, "IBU MASAK APA HARI NI?"
Jwpan simple IBU dia,"APA2 JELAH, PERGI MANDI NANTI LAMBAT NAK GI SEKOLAH". Sambillah IBU dia ni buat air, sarapan dll.
So minggu ni dh setlah menu2 yg patut utk disediakan for breakfast.
Isnin - kuehtiow goreng
Selasa - Telur + Sardin scramble & Roti(Sorry masih ada rotilah nak ooi)
Rabu - Daging kisar goreng + Hot dog bun
Khamis - Bihun goreng
Alkisahnye pg Jumaat tu ingat nk buat pau, tapi the 4th F tu asyik menyusu je sampai ke pg . Jawabnye MR SH decide beli kuih jelah. Tak payah susah2 katanya. Jadi dgn ini TAK JADI JUGAKLAH apa yg tlh dirancangkan. Kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan tak perlu di kisahkan....(lagu tu)
Bebudak yg suka mkn ni bukannya apa, yg penting there must be something on the table each and every morning for them to eat atau senang ckp utk diorang breakfast.
Nak khabarkan juga all my 4F sekarang ni semuanya demam. Harap diorang akan segera sembuh. Risau, penat mcm2 ada. Doa SheiLa tak pernah putus utk diorang, semoga semuanya akan sihat dan kembali ceria spt selalu. Insya Allah.
Yg paling worst ialah my 4F ni. Klu sihat very playful. Semoga sihat ye, sayang.
Nilah gambar dia yg sempat disnap masa awal tahun ni. Dia tgk my 3rd F kena sek mestilah ada beg sek dia pun nak ada beg sek jugak. Punyalah dia happy sgt main sampai lewat malam dan tiba2 tgk dia dh lena dgn beg sekolah abg dia yg dh dikasikan secara rasminye oleh abgnya kpd dia. Bukan main suka lagi dia agak2 dia mimpi yg indah2 belaka mlm tu....
Posted by SheiLa at 1:34 AM 0 comments
Friday, March 19, 2010
Commercial Break
Coklat Homemade
Masak Lemak Udang Cili Padi
Puding Roti
Cheese Cake
Percubaan pertama setlh SheiLa tgk resepinye yg very simple. Konon2 buatkan utk birthday anak no 1
Inilh budak yg tak suka sgt dgn kek tu. Siap dia nk cium dulu bau kek ni. Actually percubaan ni tak brp nk jadi coz tak study betul2 resepinya. Hahahaha ..ketawakan diri sendiri...
Hidangan yg ada Pizza Homemade, Kuih Lapis dan lg satu tu tak ingat.
Sebenarnya bila nk buat pizza ni, SheiLa byk study a few resepi. Bila betul2 dpt captured dia punya steps barulh berani nk buat. Alhamdulillah menjadi. Semua warga rumah suka dan kami puas mkn pizza bila buat sendiri ni.
Kuih lapis tu buat sebelah mlmnya. Lg satu hidangan tu mmg ttp tak dpt nk ingat ianya apa.
Posted by SheiLa at 12:13 PM 0 comments
Commercial Break
Kat bwh ni sesaja je nak tepek gambar2 masakan. Resepi ye ada ke yg sudi. Hahahahaha..Klu sudi ckp, nk order pun blh ckp, nk mengata pun blh, apa2pun blh janji sendiri mau ingat ha...
Chicken Chop
Hidangan spt Kuih Sagu, Kuih Apam Gula Merah, Daging(lupa dh masak apa) & Tom Yam
Sosej Roll
Nasi Lemak Hijau, Telur Dadar, Sambal Tumis Udang & Ayam Goreng Berempah
Nasi Goreng Simple
Posted by SheiLa at 11:48 AM 0 comments