Friday, March 19, 2010

Lagi Resepi


Kak Ummi Kuantan punya story bikin hati mahu try ini resepi. Usah cakap byk mari kita zoom pd resepinya:
OREO CHEESE CAKE
30 keping oreo cookies (buang cream tgh) - kisar halus
1/4 cwn butter - cairkan

Bhn Filling:
2 cwn cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn sour cream
2 biji telur
1 cwn oreo yg dicincang halus

Base: - gaulkan oreo kisar dgn butter cair rata2. Tekan dlm loyang yg tlh digris & dialas. Pre heat oven pd suhu 180 darjah(ikut anda punya ovenlh ye)

Filling: - Pukul cream cheese, gula & esen vanilla dgn kelajuan sederhana hingga benar2 sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telur satu persatu & pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yg tlh dicincang halus, kaup balikkan hingga rata.
Bakar secara "steam bake" selama 45min / hingga bahagian tgh benar2 masak. Sejukkan sekurang2nya selama 4 jam/bermalam dlm peti sejuk.

*************************************************************************************

Kek yg kat bwh ni SheiLa try coz SheiLa tgk ramai bloggers yg succeed bila buat kek ni. Apalagi ditunggu, SheiLa pun memulakan operasi. Alhamdulillah menjadi and family pun suka. Klu tak silap Kak Dayang Kek Lapis punya resepi ni. Klu salah maafkan SheiLa ye. Apa2 pun mmg sedap coz tak sampai 5jam dh habis. Hahahahaha kuat ye mkn...Resepi kat bwh ni adalah separuh drpd resepi asal ye yg diambil dr Encik Mat Gebu.


KEK LUMUT
250gm mentega
3/4 cwn gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn susu pekat manis
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn nestum
1/2 cwn seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya(2 camca besar ikut CMG)

1. Panaskan kukusan, lenser tin (8x8x3) inci dgn mentega. Alas dgn kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum. Gaul rata dan ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
3. Masukkan seri kaya dan susu pekat, putar lagi hingga rata. Pd kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang ke dlm tin. Tutup dgn aluminium foil dan ikat kelilingnya dgn tali rafia. Kukus 2 1/2jam hingga 3jam.(Ikut CMG - 3jam jugak)

0 comments:

genuinemails.com